Wednesday, December 8, 2010

KUALA LUMPUR SIAPA PUNYA

EPISOD 1

EMBUKAAN KUALA LUMPUR

Namora Pande Bosi

Kuala Lumpur ataupun ‘Muara Bustak’ di dalam bahasa Mandailing adalah ibunegara Malaysia. Ramai yang ingin tahu tentang bagaimana Bandaraya Kuala Lumpur dibuka dan sejarah awal mengenainya. Pelbagai versi tentang sejarah awal Kuala Lumpur telah dikemukakan dan pelbagai pendapat telah menjadi topik perbincangan, namun belum ada sesiapapun yang dapat membuktikan siapa sebenarnya yang membuka Kuala Lumpur.

Ada sesetengah pendapat yang menonjolkan Yap Ah Loy @ Yap Tet Loy sebagai pembuka Kuala Lumpur tanpa mengambilkira bahawa Yap Ah Loy sebenarnya merupakan Kapitan Cina yang ketiga di Kuala Lumpur dan bukannya Kapitan Cina yang pertama. Kapitan Cina yang pertama di Kuala Lumpur adalah Hiew Siew yang datang ke Kuala Lumpur pada tahun 1861 dan Kapitan Cina yang kedua adalah Liew Ngim Kong yang dilantik pada tahun 1862.

Jelas sekali jika Yap Ah Loy yang datang pada 1862 dan hanya menjadi Kapitan Cina yang ketiga di Kuala Lumpur pada 1868, maka dia bukanlah orang pertama yang memimpin masyarakat Cina di Kuala Lumpur. Justeru itu adalah tidak logik sama sekali jika Yap Ah Loy dianggap sebagai pembuka Kuala Lumpur sedangkan pada masa itu sudah ada masyarakat tempatan yang telah lama bermastautin di tempat pertemuan dua sungai tersebut.

Jika Yap Ah Loy bukan merupakan orang yang membuka Kuala Lumpur, apakah Hiew Siew sebagai Kapitan Cina yang pertama di Kuala Lumpur pada tahun 1861 boleh dianggap sebagai pembuka Kuala Lumpur? Sedangkan Hiew Siew datang ke Kuala Lumpur pada tahun tersebut atas undangan dari seorang ketua masyarakat Mandailing bernama Sutan Naposo @ Sutan Puasa yang juga merupakan seorang penguasa tempatan dan Waris Negeri di situ. Oleh yang demikian dia bukanlah orang pertama yang tiba dan memulakan penempatan di Kuala Lumpur. Seperti orang-orang Cina lain yang datang ke Kuala Lumpur kemudiannya, dia juga menyewa tanah perlombongan dari Sutan Naposo.

Ada pula pendapat yang mengatakan bahawa Kuala Lumpur itu dibuka oleh Raja Abdullah bin Raja Jaafar yang membeli tanah perlombongan Ampang dan memulakan aktiviti perlombongan di Ampang pada 1857. Sebenarnya itu juga tidak tepat kerana dia juga bukan orang pertama yang tiba dan memulakan penempatan di Kuala Lumpur. Raja Abdullah datang ke Kuala Lumpur bagi memulakan aktiviti perlombongan bijih timah setelah dia mendapat tahu terdapat usaha melombong dan mendulang bijih timah yang sangat menguntungkan di sana. Dengan ertikata lain, sudah ada satu masyarakat tempatan dan penduduk setempat di Kuala Lumpur yang bergiat di dalam perusahaan melombong bijih timah sebelum kedatangan beliau.

Raja Abdullah datang ke Ampang pada 1857 untuk membeli tanah perlombongan di kawasan tersebut lalu memulakan aktiviti perlombongan bijih timah tersebut dengan usahasama dan bantuan kewangan dari 2 orang jutawan Cina yang bernama Chee Yam Chuan dan Lim Say Hoe dari Melaka yang pada masa itu merupakan sebahagian daripada Negeri-negeri Selat Inggeris. Kedua-dua taukeh Cina ini mempergunakan Raja Abdullah untuk membeli kawasan perlombongan itu bagi menembusi pasaran perlombongan bijih timah yang sedia ada di kawasan tersebut. Lantaran itu atas usahasama berbentuk Ali-Baba ini, Raja Abdullah telah meminjam wang sebanyak $30,000.00 bagi membeli dan memulakan aktiviti perlombongan di Ampang pada masa itu.

Jumlah tersebut pada masa itu adalah sangat banyak jika dibandingkan dengan perbelanjaan membuka sebuah kawasan perlombongan. Perbandingan ini dapat dilihat apabila pada masa yang lebih kurang sama Chin Ah Chan telah menjual sebuah kawasan perlombongan di Kanching dengan harga $3000.00. Ini bererti Raja Abdullah telah membelanjakan wang sebanyak 10 kali ganda daripada Chin Ah Chan yang mengusahakan lombong di Kanching. Apakah penjelasan yang munasabah bagi Raja Abdullah membelanjakan wang sejumlah $30,000.00 untuk membuka sebuah lombong di Ampang pada masa itu? Sesiapa juga dapat meneka bahawa Raja Abdullah tidaklah sekadar membuka kawasan melombong yang baru, tetapi sebaliknya telah membeli sebuah lombong yang telah lama diusahakan oleh pihak tertentu. Persoalannya, daripada siapakah kawasan melombong tersebut dibeli oleh Raja Abdullah?

Jelas bahawa Raja Abdullah bukanlah orang pertama yang datang membuka penempatan baru di Kuala Lumpur. Jauh sebelum kedatangan Raja Abdullah ke Ampang, telah wujud kegiatan perlombongan bijih timah di Kuala Lumpur. Kegiatan melombong bijih timah di muara Sungai Gombak dan Sungai Kelang inilah yang menyebabkan muara tersebut dipenuhi dengan lumpur lalu kawasan perlombongan dan penempatan tersebut dinamakan Kuala Lumpur atau Muara Bustak di dalam bahasa Mandailing yang membawa maksud kuala sungai yang airnya dipenuhi dengan lumpur. Siapakah sebenar yang merupakan tokoh yang membuka Kuala Lumpur?

KEDATANGAN SUTAN NAPOSO @ SUTAN PUASA

‘The economic disruption caused by the war no doubt stimulated movements of people within and out of Mandailing and Mandailing migration to Malaya may have started in this period.’ (4) – Tugby.

Pada tahun 1816, seluruh Tanah Mandailing diserang dan ditakluki oleh angkatan Padri dari Tanah Minangkabau. Apabila disebut Padri, ada yang mendakwa kononnya mereka ini pejuang-pejuang Kristian disebabkan mereka memakai serban dan jubah berwarna putih. Lantaran itu kumpulan Padri ini disamakan dengan pendeta-pendeta Kristian. Namun sebenarnya mereka ini adalah pejuang-pejuang Islam di bawah pimpinan Tuanku Imam Bonjol @ Peto Sharif @ Malim Besar @ Muhammad Shahab bin Rajanudin.

Pada masa itu perkataan Padri tidak wujud dan tidak membawa sebarang maksud di dalam bahasa Melayu, Minangkabau, Siak, Riau, Rawa ataupun Mandailing. Perkataan Padri pada masa itu tidak membawa sebarang pengertian yang berkaitan dengan pendeta-pendeta Kristian.

Padri yang dimaksudkan di sini adalah sekumpulan pejuang-pejuang Islam dari satu kawasan yang dinamakan Piduri di Tanah Minangkabau yang mahu melakukan reformasi radikal ke atas semua orang Islam yang semakin longgar pegangan agamanya pada masa itu serta mengislamkan secara paksa orang-orang yang bukan Islam di Tanah Besar Sumatera. Angkatan perang ini ditubuhkan dan dipimpin oleh Tuanku Imam Bonjol yang dibantu oleh 8 orang panglima perang asas yang digelar sebagai Harimau Nan Salapan. Lain-lain ketua pasukan Padri ini diberikan gelaran Tuanku yang bermaksud Tuan Guru dan Panglima Perang.

‘The Padris were members of an Islamic revivalist movement initiated in Menangkabau just south of Mandailing in Sumatra by religious teachers who had visited Mecca. The Padri armies went northwest into Mandailing with the object of converting the population to Islam.’ (146) - Tugby.

Pada sekitar tahun 1816, satu pasukan perang Padri di bawah pimpinan Tuanku Rao @ Fakeh Muhammad telah menyerang Tanah Mandailing melalui Muara Sipongi untuk mengislamkan seluruh penduduk Tanah Mandailing yang pada masa itu masih menganut agama campuran Parbegu dan Buddha Tua. Namun serangan pertama itu tidak mendapat kejayaan yang besar. Setelah datangnya bantuan pasukan perang pimpinan Tuanku Tambusai @ Fakeh Salleh @ Haji Muhammad Salleh, barulah seluruh Tanah Mandailing ditumpaskan dan ditakluki dengan mudah.

‘During the Padri wars and the following period of Islamic proselytization, the Mandailings were provided with new motives for trade and travel.’ (17) – Tugby.

Kedatangan angkatan perang Padri ini telah membawa 3 faktor penting perubahan di dalam kehidupan masyarakat orang-orang Mandailing;

a. peperangan, kemusnahan dan huru-hara di dalam kehidupan masyarakat petani Mandailing yang selama ini hidup aman damai di Tanah Mandailing. Keadaan ini kemudiannya mendesak orang-orang Mandailing meninggalkan kampung halaman masing-masing dan berhijrah ke tempat-tempat lain.

b. di samping keadaan yang tidak menentu itu, satu perkara yang perlu diterima dengan penuh kesyukuran adalah orang-orang Mandailing telah berjaya diislamkan walaupun di hujung pedang. Dengan pengislaman orang-orang Mandailing, maka terbitlah sinar kebenaran Islam yang menyerlah di Tanah Mandailing. Justeru itu serangan Padri itu merupakan satu hikmah dan rahmat kepada seluruh masyarakat Mandailing.

c. serangan angkatan Padri telah memaksa raja-raja adat dan golongan masyarakat adat yang tidak tahan melihat keganasan dan kekejaman pasukan Padri pimpinan Tuanku Rao dan Tuanku Tambusai lalu

d. mengundang campurtangan Belanda. Belanda yang pada mulanya datang sebagai penyelamat kepada orang-orang Mandailing pada masa itu bertukar menjadi sebuah kuasa penakluk dan penindas kepada masyarakat tani di Tanah Mandailing pada akhirnya. Sistem rodi atau buruh paksaan, sistem pungutan tol di jalanraya dan cukai kepala yang digunakan oleh Belanda merupakan satu penindasan yang berlarutan yang memaksa orang-orang Mandailing untuk berhijrah ke tempat lain termasuklah ke Tanah Melayu.

‘The Mandailing area was economically upset by the war and some parts of it had already reached their human carrying capacity.’ (18) – Tugby.

Sutan Naposo atau lebih dikenali sebagai Sutan Puasa merupakan seorang anak Mandailing bermarga Lubis yang berasal dari Huta Tobang yang merupakan sebuah kampung kecil di Mandailing Julu. Semasa kedatangan angkatan perang Padri, keluarga Sutan Naposo yang tidak tahan melihat keganasan dan kekejaman yang berlaku ke atas kaum keluarga mereka telah membawa Sutan Naposo berhijrah ke Kelang di Tanah Melayu.

Setibanya di Kelang, kaum keluarga beliau cuba menyesuaikan diri dengan masyarakat tempatan. Lantaran itu mereka telah memeluk agama Islam.

Kelang pada masa itu telahpun terkenal di seluruh Nusantara. Nama Kelang itu sendiri berasal dari bahasa Minang iaitu ‘Kolang’ yang bermaksud tarikan perantau. Sememangnya sejak kurun ke 18, Kelang telah menjadi tempat persinggahan orang-orang dari Sumatera sebelum berhijrah ke tempat-tempat lain.

Setelah tinggal beberapa lama di Kelang, keluarga Sutan Naposo mendapati walaupun tidak berlaku peperangan di Kelang, namun nasib kehidupan mereka masih terumbang-ambing kerana sistem feudal pada masa itu lebih memihak kepada pihak bangsawan yang boleh melakukan apa sahaja terhadap hamba rakyat di bawahnya.

‘In Salangor I have seen people’s children taken from them for the loss of one leaf of Sirih.’ (284) – Burns (The Journals of F.A. Swettenham)

‘If a man’s goat broke one stake of a raja’s fence he could be fined so that he could not pay, and would then with all his family be taken into the Raja’s house.’ (284) – Burns (The Journals of F.A. Swettenham)

Pada masa itu kerap berlaku kezaliman dan kekejaman yang dilakukan sesuka hati oleh anak-anak raja dan orang-orang besar yang sering memeras cukai di daerah mereka.

‘Raja Kahar took away a girl and a boy from their homes, saying their grandparents had owed money to someone who handed the debt over to him. T. Sulong says the father of the children came to him saying ‘R.Kahar says I owe money to someone, but from my childhood I never knew of it.’ (273) – Burns (The Journals of F.A. Swettenham)

‘R.Yacoob took away against her mother’s will a girl for the debt of her parents.’ (273) – Burns (The Journals of F.A. Swettenham)

‘Raja Kahar took some tin (since I believe returned) from a man for no reason whatever. (275) – Burns (The Journals of F.A. Swettenham)

Ini diburukkan lagi dengan bertambah banyaknya kejadian rompak, bunuh dan samun di merata-rata tempat. Kelang yang dikuasai oleh orang-orang Bugis bukanlah satu tempat yang selamat pada masa itu. (42) – Buyong Adil 1971.

‘Mereka dikatakan suka mengamuk, membunuh orang, bersikap kejam dan tidak berperikemanusiaan.’ (23) – Mastika, Jan 2001.

‘A Selangor man here means one of Bugis descent.’ (155) – Gullick 1993.

Suasana di Kelang pada masa itu adalah tidak tenteram kerana kurangnya penguatkuasaan undang-undang yang melindungi orang awam. Pembesar-pembesar Bugis menjalankan pemerintahan mengikut perasaan dan peraturan mereka sendiri.

‘The normal state of Selangor was robbery, battle and murder, and the sultan had cause to fear ... it was even at one time proposed to murder the sultan.’ (3) – Gullick 1955.

Sultan Selangor iaitu Sultan Abdul Samad sendiri sentiasa hidup dalam keadaan cemas dan ketakutan seperti yang dinyatakan oleh J.M. Gullick 1955 di bawah ini;

He always expecting that one or other of them would seize the opportunity of stabbing him.’ (3)

Bandar Termasa sebagai ibu negeri Selangor sendiri digambarkan oleh J.M. Gullick 1955 sebagai;

City of Festivals – a sinister place where the stroller by night ... always carried a naked weapon, and, if he met another man, was apt to strike first, and then seek for explanations.’ (8)

Suasana di bandar Termasa tidak seperti yang digambarkan oleh nama bandar tersebut yang bermaksud bandar temasya atau bandar pesta.

Sebaliknya jika seseorang berjalan pada waktu malam, dia pastinya membawa senjata. Jika dia bertembung dengan seorang yang lain, pastinya dia akan menikam dahulu sebelum bertanyakan siapakah orang itu dan mengapa orang itu berada di situ.

Seorang konsol Residen Melaka yang bernama Captain Macpherson datang melawat negeri Selangor pernah menyatakan keadaan di negeri tersebut sebagai;

‘Selangor itu jauh lebih buruk dari Lukut. Rajanya yang baru itu suka berpoya-poya dengan perempuan. Putera baginda yang bernama Raja Musa adalah seorang pemuda yang garang dan keras rupanya, usianya baharu lima belas tahun. Raja Muda Mahmud yang tidak dipilih untuk menggantikan ayahnya itu, merupakan seorang budak yang cerdik dan gemar orang melihatnya, usianya lebih kurang dua belas tahun. Pada masa itu di Selangor penyakit hawar kerbau sedang merebak dan banyak kerbau yang mati. Oleh sebab sawah-sawah padi tiada diusahakan, akibatnya rakyat dalam negeri akan kebuluran, kerana itu mereka menjadi perampas, perompak dan penyamun.’ (52) – Buyong Adil 1971.

Suasana pada masa itu juga dapat digambarkan kemudiannya melalui pengalaman seorang konstabel Frank A. Swettenham sendiri di mana pada suatu hari semasa Raja Mahmud @ Tok Kapak Cina bin Raja Mat Saman @ Raja Berkat, beliau sendiri dan seorang polis sedang minum di sebuah kedai kopi di mana terdapat seorang lelaki yang duduk dekat mereka dan bersembang dengan suara yang agak kuat. Lalu disuruh oleh Raja Mahmud agar menghentikan serta-merta perbualan itu. Beberapa ketika selepas itu lelaki itu pun bercakap perlahan-lahan. Dengan tidak semena-mena, Raja Mahmud bangkit dan menikam lelaki itu sampai mati dengan Keris Kapak Cina kepunyaannya. Lalu ditanya oleh polis itu kenapa lelaki itu perlu dibunuh. Maka dijawab oleh Raja Mahmud, ‘Dia buat bising .. patut kena tikamlah ..’ (169) – Burns (The Journals of F.A. Swettenham) (41) – Gullick 1993.

Kebengisan Raja Mahmud ini tidaklah menghairankan di kalangan orang-orang Bugis. Sikap semulajadi mereka telah digambarkan seperti di bawah;

‘Lelaki Bugis diajar bersikap kasar, keras, bengis dan kurang ajar.’ (23) – Mastika, Jan 2001.

Malahan satu lagi gambaran telah dinyatakan oleh William Bloomfield Douglas yang merupakan seorang peguam bahawa, ‘Raja Kahar putera kepada Sultan Abdul Samad telah ditangkap di Langat kerana menculik dan merogol anak dara orang dan hanya dijatuhkan denda $100.00.’ Ini tidak berlaku kepada orang lain yang pastinya menerima hukuman bunuh. Akibat dari peristiwa itu, sekumpulan orang-orang Melayu dekat Langat yang ketakutan terpaksa berpindah ke Tanjung Karang kerana mereka mendakwa pasti sultan akan membunuh mereka kerana disyaki bersubahat dengan polis.

‘In Selangor...the raja had rights over unused land and could exact forced labour or drive men and their families into debt bondage. The well-being, even the life, of the commoner was in the hands of the raja.’ (7) – Tugby.

‘As a matter of statistics the Sultan I’m told, indeed he speaks of it himself, has killed 99 men with his own hand, the T.Panglima Rajah some 40 odd, Raja Mahmood 20 odd, and so on...R.Yacoob distinguished himself by killing a medicine woman who he said had bewitched his mother. His mother died a raving maniac.’ (145) – Burns (The Journals of F.A. Swettenham)

‘The last time but one that Raja Dolah came here, she concluded, ‘...he wanted to take a girl to whom had no claim whatever from Teluk Batu, just below Langat. The girl with all her family ran into the jungle and stayed there as long as Ungku Dolah was in Langat, 3 days. 3 days and 3 nights in the jungle, fasting and eaten by mosquitoes.’ (284) – Burns (The Journals of F.A. Swettenham)

‘This is merely one specimen of the ordinary habits of this interesting creature, the Salangor Raja. They are all much the same.’ (169) - Burns (The Journals of F.A. Swettenham)

Begitulah sedikit sebanyak gambaran terhadap suasana dan keadaan Selangor pada masa itu. Lantas itu masyarakat dahulu lebih senang hidup berpuak-puak agar dapat menjaga keselamatan di antara satu sama lain. Sudah menjadi sikap semulajadi orang-orang Mandailing yang merantau tidak mahu membina atau membuka kampung mereka di tempat-tempat yang telah diduduki oleh suku kaum lain. Mereka lebih suka hidup di dalam kumpulan mereka sendiri dengan mengamalkan adat budaya mereka yang berasaskan prinsip Dalihan Na Tolu.

Tambahan pula pada masa itu orang-orang Sumatera dikatakan tidak begitu rapat dengan orang-orang Bugis. ‘... the Sumatran community who were traditionally rather hostile to the Bugis ruling dynasty.’ (15) – Gullick 1955.

Lantaran itu keluarga Sutan Naposo memilih untuk meninggalkan Kelang dan berhijrah ke sebuah tempat baru yang jauh daripada kawalan pembesar-pembesar Bugis pada masa itu dan yang masih tidak berpenghuni.

No comments:

Post a Comment